resipi dalam simpanan zaman sekolah2 dulu..kes malas nak translate :lol_crash:
sesetengah ayat tu agak susah nak di olah ke bahasa melayu harap kawan2 yg ingin mencuba resipi nie boleh memahami apa yg fari cuba sampaikan.
.
PHAD THAI
1 kg kueyteow kering saiz m
4 keping tauhu di dadu kecil (goreng separuh garing)
2 kg taugeh
20 biji telur
1/2 kg kucai
1 1/2 cawan kacang tanah di sangrai(tumbuk kasar)
1/2 cawan cili serbuk thai
3 cawan minyak
1/2 kg lobak asin
fari pandai2 tambah udang,rasa tak best plak kalau takde lauk.. :-D
SOS
1 1/2 cawan air asam jawa
2 cawan gula kabung (kalau takde bleh ganti dgn gula melaka)
2 cawan sos nampla/kicap siam
CARA-CARA
1.Rendam kueyteow dalam air1 jam,akan dapat kueyteow seberat 2 kg
2.Lobak asin dibasuh sejat air n cincang sehingga halus,kacang tanah di tumbuk,taugeh dicuci bersih n dipotong lebih kurang 1 inci
3.Masak gula kabung,sos nampla dan air asam jawa sehingga pekat macam madu.perasakan biar ada manis masin dan masam sama rata.
4.Tumis 1 sudu teh serbuk cili thai,3 sudu besar lobak asin sehingga wangi,masukkan tauhu yg telah di goreng masukkan 2 gengam kueyteow,
agak2 mencukupi dgn bahan yg di tumis tadi dan masukkan sedikit minyak dan 5 biji telur goreng sehingga telur masak sos phad thai agak2 secukup rasa agak2
sebati masukkan taugeh,kucai,kacang tanah kacau sehingga rata.
5.angkat dan hidang bersama taugeh mentah,kucai serta jantung pisang.
sekiranya kawan2 ingin mencuba dgn kuantiti yg sedikit,sila baca no4.